Nota Sistem Penyelenggaraan Penghantaran
Posted: by Ahmad Khairol Shah B. Zakaria inSISTEM PENGHANTARAN KUASA (POWER TRAIN SYSTEM)
RANGKAIAN PACUAN
- Merupakan suatu siri rangkaian penghantaran kuasa enjin untuk menggerakkan kenderaan.
- Terdiri daripada klac (clutch), transmisi (transmission), aci pemacu (drive shaft)@
aci putar (propeller shaft) dan kerbeda (differential).
JENIS RANGKAIAN PACUAN
Terdapat tiga jenis:
Terdapat tiga jenis:
- Pacuan roda hadapan (FWD)
- Pacuan roda belakang (RWD)
- Pacuan empat roda (4WD)@(AWD)
Pacuan roda hadapan (FWD)
- Tidak memerlukan aci putar (propeller shaft).
- Kotak gear (gear box) disatukan dengan kerbeda (differential).
Pacuan roda belakang (RWD)
- Memerlukan aci putar untuk disambung ke unit kerbeza.
- Unit kerbeza disambungkan dengan roda belakang.
- Terdapat unit semesta untuk menyambungkan pepasangan kotak gear dengan aci putar.
Pacuan empat roda (4WD)
- Memberikan keterikan atau cengkaman yang lebih baik antara roda dan jalan.
- Kebiasaannya digunakan untuk kenderaan yang lasak.
- Memerlukan 2 unit kerbeda
- Menggunakan 2 unit long shaft/propeller shaft.
PEPASANGAN KLAC (CLUTCH ASSEMBLY)
Klac berfungsi sebagai pengganding dan penanggal gandingan. Sistem transmisi (gear box) disambungkan ke enjin melalui klac. Di dalam kenderaan, klac adalah penting kerana apabila enjin dihidupkan, ia sentiasa berfungsi tetapi roda sebaliknya. Kadangkala sambungan roda dengan enjin perlu diputuskan. Kerana inilah klac dicipta untuk memisah dan menyambungkan penghantaran kuasa dari enjin ke sistem penghantaran semasa kereta dihentikan atau sedang bergerak. Klac juga digunakan untuk anjakan gear dari satu kedudukan ke kedudukan lain. Klac di kendalikan dengan dua cara iaitu secara mekanikal atau hidraulik.
KOMPONEN UTAMA KLAC
Plat klac (clutch plate) Plat tekanan (pressure plate)
KENDALIAN KLAC.
Apabila pedal klac ditekan, tuil akan menolak galas tujahan pada gelugor dan ini menyebabkan plat tekanan akan ditolak. Ini menyebabkan sambungan antara kedua-dua komponen akan terputus. Semasa keaadan inilah kenderaan dapat dihentikan ataupun gear dimasukkan.
Jenis-jenis Klac:-
- Pegas tekanan gegelung
- Pegas gegendang
- Separa empar
- Klac hidraul
Roda Tenaga (fly wheel)
· Di perbuat daripada disk besi tuangan yang di boltkan pada hujung aci engkol
· Berfungsi untuk melincinkan kelajuan enjin di antara lejang kuasa , apabila daya pusingan di kenakan ke atas aci engkol semasa lejang kuasa , roda tenaga akan menyerap dan menyimpan setengah tenaga tersebut.Bila enjin perlahan di antara lejang kuasa , roda tenaga mengeluarkan tenaga yang tersimpan untuk membolehkan enjin berpusing malar dan lancar.
Gambar rajah Roda Tenaga
Memeriksa dan menguji:
- Periksa sama ada roda tenaga masih boleh di gunakan atau tidak.
- Keluarkan roda enaga daripada badan enjin.
- Buka semua bolt yang mengikat roda tenaga , kemudian keluarkannya.
- Setelah memeriksa roda tenaga masih dalam keadaan yang baik dan berfungsi dengan lancar , pasang kan semula nat yang mengikat bolt pada roda tenaga.
- Kemudian lakukan kerja pengujian pada roda tenaga untuk memastikan roda tenaga dapat berfungsi dengan lancar.
- Pastikan roda tenaga bergerak dengan lancar dan dapat menghasilkan tenaga yang cukup semasa kendalian enjin.
Plat Klac (clutch plate).
· Komponen ini terdiri daripada pepasangan hab dan plat yang dilengkapkan dengan satu siri muka.
· Mengandungi satu peranti kusyen yang berfungsi menyerap hentaman bagi melincirkan gandingan klac.
Gambar rajah cakera klac
Memeriksa dan menguji:
- Periksa komponen klac dengan teliti sama ada masih boleh digunakan atau tidak.
- Leraikan semua komponen klac satu persatu dengan berhati-hati dan mengikut urutan cara pembukaannya.
- Pastikan ceper klac dalam keadaan yang baik dan sempurna.
- Setelah semua kerja pemeriksaan di lakukan den teliti , pasang kan semula komponen ceper klac pada sistem klac.
- Kemudian lakukan langkah akhir iaitu kerja pengujian pada ceper klac untuk memastikan ceper klac dapat berfungsi dengan baik.
Plat Tekanan (pressure plate)
Plat tekanan berfungsi untuk menekan cakera plat supaya ketat bagi menentang muka licin pada belakang roda tenaga. Ia juga bertujuan untuk memegas beban cakera geseran di antara plat tekanan dan roda tenaga berada dalam kedudukan gandingan yang betul.
Gambar rajah Plat Tekanan
Memeriksa dan menguji:
- Periksa plat tekanan masih berfungsi dengan baik atau tidak
- Gantikan komponen yang rosak dengan yang baru sekiranya terdapat sebarang kerosakan pada plat tekanan.
- Setelah semuanya sudah di periksa dan berada dalam keadaan yang baik , pasang kembali plat tekanan.
- Kemudian lakukan kera pengujian bagi memastikan plat dapat berfungsi dengan baik dan lancar.
Kabel Klac / Sistem Hidraulik (clutch cable / hydraulic system)
Kabel klac di gunakan ke atas penggunaan kenderaan pertengahan dan kenderaan berat kerana klac di reka untuk memindahkan daya kilas yang tinggi yang mana pegas lebih berat di perlukan untuk menyediakan tekanan yang secukupnya ke atas cakera geseran . Sistem hidraulik di gunakan untuk mengurangkan tekanan pada pedal klac.
Gambar rajah Kabel Klac
Memeriksa dan menguji:
- Periksa kabel klac boleh di gunakan atau tidak .
- Pastikan tidak terdapat sebarang kerosakan pada sistem hidraulik.
- Lakukan kerja pemeriksaan dengan teliti dan tukar komponen yang rosak dengan yang baru sekiranya terdapat sebarang kerosakan .
- Lakukan kerja pengujian pada sistem hidraulik bagi memastikan nya berada dalam keadaan yang sempurna.
Gambarajah Klac Hidraulik
Bush Bearing
Bush bering berfungsi sebagai pemegang kepada klac , ia berperanan sebagai pengikat dan penutup ruang pada bering dan celahan bering supaya tidak akan longgar. Dan juga sebagai pengikat batang bush.
Memeriksa dan menguji:
- Pastikan bush dalam keadaan yang baik .
- Tukar bush yang baru sekiranya bush lama sudah rosak dan kehausan.
- Akhir sekali pasang semula bush dan lakukan kerja pengujian pada komponen tersebut.
Bearing Klac (clutch bearing)
Bering klac berfungsi untuk melancarkan pergerakan klac. Ia juga membantu mengurangkan kadar kerosakan pada klac,
Memeriksa dan menguji:
- Periksa sama ada bering dalam keadaan yang baik atau tidak.
- Tukarkan yang baru sekiranya bering itu sudah tidak boleh di pakai semula.
- Pastikan bering dapat berpusing dengan baik.
- Kemudian lakukan kerja pengujian pada bering klac.
ACI PEMACU (DRIVE SHAFT)
· Berfungsi sebagai aci utama penghantaran kuasa dari enjin ke roda untuk menggerakkan kenderaan.
· menggunakan ‘constant velocity joints’ (C.V joints).
‘C.V Joints’ ‘Dust Boot’
ACI PUTAR (PROPELLER SHAFT)
-Berfungsi sebagai aci yang memindahkan kuasa dari enjin ke kerbeza.
-Digunakan oleh kenderaan yang berpacuan belakang (RWD) atau pacuan empat roda (4WD).
-Sendi semesta digunakan untuk menyambungkan komponen ini.
Aci putar (long shaft@propeller shaft)
SENDI SEMESTA (UNIVERSAL JOINT)
· Bertujuan untuk mengawal perubahan sudut pacuan iaitu sudut diantara sambungan aci pendorong dengan kotak gear serta kerbeda.
· Selain itu unit ini juga dapat mengelakkan aci putar/pendorong daripada mudah patah.
Terdapat 5 jenis sendi semesta
- Jenis hooke
- Jenis lintang
- Jenis lintang dengan getah sesendal
- Jenis sendi layrub
- Jenis gandingan getah donut
KERBEDA (DIFFERENTIAL)
- Kerbeda berfungsi untuk menghadkan kelinciran dan menggerakkan roda berputar dengan jumlah pusingan yang berbeza.
- Tujuan unit ini adalah untuk megurangkan jumlah pusingan roda ketika membelok, iaitu pusingan roda luar ditambah sementara pusingan roda dalam dikurangkan.
Perbezaan jarak ketika membelok
VAU 309 : SISTEM PENGHANTARAAN KUASA (AMALI)
Sistem Penghantaran Kuasa berfungsi memindahkan kuasa putaran dari enjin dan seterusnya dihantar ke roda pemacu untuk menggerakkan kenderaan. Terdapat beberapa jenis rangkaian penghantaran iaitu:
i. Rangkaian pacuan roda belakang
ii. Rangkaian pacuan roda hadapan
iii. Rangkaian pacuan empat roda
Rangkaian pemacu adalah satu siri penghantaran kuasa yang terdiri daripada unit klac, kotak gear, aci putar, unit kerbeda, dan aci hub. Berikut adalah langkah-langkah kerja yang perlu dijalankan untuk tujuan pemeriksaan dan merombak rawat bagi setiap unit sistem ini.
1. Langkah kerja merombak rawat pepasangan klac.
Pemeriksaan alas pelepas.
i. Pusingkan alas pelepas untuk menguji pergerakan pusingan
dan pastikan pusingannya tidak tersangkut-sangkut.
ii. Gerakkan kelongsong alas pelepas ke atas dan ke bawah
untuk mendapatkan kelegaan. Kelegaan yang diperlukan: 1mm
Jika terdapat sebarang kerosakan, tukar alas pelepas dengan segera.
Pemeriksaan kelurusan hujung spring gegendang
i. Periksa setiap hujung spring gegendang dengan menggunakan SST dan penunjuk ketebalan.
ii. Jika ketebalan tidak mengikut ketetapan, laraskan setiap hujung spring gegendang dengan menggunakan SST. Jarak ketebalan: 0.5mm
2. Langkah kerja menanggal dan memeriksa pepasangan klac.
i. Letakkan penanda di antara perumah klac dan roda tenaga sebelum melakukan kerja menanggal.
ii. Longgarkan setiap nat pengikat perumah klac mengikut silangan
di antara setiap nat pengikat.
di antara setiap nat pengikat.
Lakukan pemeriksaan kerosakan dan kehausan pada piring klac.
i. Gunakan angkup vernier untuk mengukur ketebalan permukaan
piring klac.
piring klac.
Jarak ketebalan minimum: 0.3mm
ii. Lakukan pemeriksaan kerosakan pada gelugur piring klac.
Jika terdapat sebarang kerosakan, tukar piring klac dengan segera.
Lakukan pemeriksaan pusingan piring klac dengan menggunakan Tolok Dail.
Lakukan pemeriksaan permukaan spring gegendang.
- Gunakan angkup vernier untuk menguji ketebalan permukaan spring
gegendang.
Jarak kedalaman maksimum spring gegendang: 0.6mm
Lakukan pemeriksaan permukaan plat tekanan.
- Jika terdapat sebarang kesan calar pada permukaan plat tekanan, gunakan kertas pasir untuk menghilangkan kesan calar tersebut.
Jika perlu, tukar perumah klac.
Lakukan pemeriksaan permukaan roda tenaga.
- Jika terdapat sebarang kesan calar pada permukaan roda tenaga, gunakan kertas pasir untuk menghilangkan kesan calar tersebut.
Jika perlu, tukar roda tenaga.
Pasangkan piring klac dan penutup klac pada roda tenaga.
i. Letakkan SST (alat pelaras kedudukan piring klac) dan tetapkan kedudukannya semasa memasang perumah klac.
ii. Pasang perumah klac dan ikat nat pengikat mengikut silangan yang bertentang pada setiap nat pengikat perumah klac yang lain.
iii. Gunakan daya kilas yang ditetapkan untuk mengikat nat perumah klac.
Letakkan sedikit gris pada setiap komponen yang bersentuh seperti sepit udang, alas pelepas dan aci masukan.
4. Langkah kerja melaras jarak bebas pedal.
Lakukan pemeriksaan ketinggian pedal untuk pelarasan dan pastikan ketinggian pedal diukur dari permukaan pelapik kaki. Biasanya jarak ketinggiannya ialah 136.4 - 146.4mm
Jika perlu, laraskan ketinggian pedal.
i. Longgarkan nat kekunci dan laraskan nat penetap sehingga ketinggian berada pada ketinggian yang dikehendaki.
ii. Tekan pedal tersebut untuk memastikan jarak ketinggian berada pada takat yang dikehendaki.
iii. Ikat semula nat kekunci.
Lakukan pemeriksaan pada jarak bebas pedal dan pastikan penggerak rod tunjal berada dalam keadaan baik.
Jarak bebas pedal.
- Tekan pedal sehingga permukaan klac tidak bersentuh dengan roda tenaga.
Jarak bebas pedal yang diperlukan: 5.0mm – 15.0mm
Jarak bebas rod tunjal.
- Tekan pedal dengan menggunakan jari sehingga terdapat jarak bebas di antara mula menekan pedal sehingga terdapat rintangan sentuhan yang sangat kecil.
Jarak bebas rod tunjal dari mula pedal ditekan ialah: 1.0mm – 5.0mm
SISTEM PENGHANTARAN KUASA
Fungsi Kotak Gear
1. Fungsi kotak gear ialah memberikan gear dalam keadaan neutral, menukar pergerakan kenderaan (apabila kenderaan dalam gear balikan), ini kerana arah pusingan aci engkol hanya dalam satu arah sahaja.
2. Fungsi tambahan kotak gear ialah menyediakan kebaikan mekanikal secukupnya bagi menambah daya kilas atau putaran bagi memutarkan roda kenderaan.
Ø Daya kilas yang lebih diperlukan apabila kenderaan mula dihidupkan, bebanan tinggi ketika memanjat bukit atau melintasi kawasan jalan kasar atau lembut.
Ø Jika aci engkol enjin membuat dua pusingan manakala roda membuat sekali pusingan sahaja, maka banyaklah daya kilas di perlukan.
Prinsip-prinsip gear :
· Apabila dua gear dalam jaringan , satu gear akan memacu gear yang lain , ia akan berputar dalam arah yang bertentangan.
· Satu gear dalam jaringan dengan satu gear kecil berputar dalam arah yang sama.
· Nisbah gear ialah bandingan jumlah pusingan gear pacuan dengan satu pusingan gear pemacu.
· “ Nisbah gear boleh diperolehi dengan membahagikan jumlah gigi gear pacuan dengan jumlah gigi gear pemacu ”.
Nisbah Gear (Gear Ratio) = gear pacuan @ driven
gear pemacu drive
Jenis gear yang biasa digunakan dalam kotak gear ialah :
Ø GEAR TAJI
Ø GEAR HELIKS
Gear taji :
Ø Mempunyai gigi yang dipotong lurus merentasi mukanya.
Ø Penyambungan gear dapat dilakukan dengan mudah.
Ø Keburukannya adalah berbunyi bising ketika kendalian.
Gear heliks :
Ø Jenis ini dipotong berpenjuru di mukanya
Ø Kendaliannyakan lebih senyap berbanding dengan gear taji.
Ø Keburukannya ialah penyambungan gear sukar hendak digandingkan, ia memerlukan penggunaan serat-segerak (synchronizer) ketika gandingan.
Gambarajah : Jenis-jenis gear
KENDALIAN KOTAK GEAR
Gear Pertama
Ø Apabila tuil anjakan gear diletakkan dalam gear pertama, (Rajah dibawah), gear besar di aci utama bergerak sepanjang aci sehingga membuat cantuman dengan gigi terkecil di atas aci-aci lawan.
Ø Apabila klac tidak dalam gandingan maka aci klac dan aci lawan berputar.
Ø Sekiranya klac berganding dengan aci utama, aci engkol memandu aci klac dan terus memusingkan aci lawan. Ini memperlahankan pusingan aci lawan dan memusingkan aci utama penghantaran.
Gambarajah : Gear Pertama
Gear Kedua
Ø Ketika klac di kendalikan, tuil anjakan gear digerakkan ke gear kedua, gear kelajuan tinggi kedua membuat cantuman dengan geare kedua di aci lawan.
Ø Apabila aci di gandingkan, aci klac memacu gear pacuan di aci lawan dan pergerakan di pindahkan sepanjang aci lawan ke gear kedua di aci lawan, kemudian memusingkan gear kedua terus ke aci utama pepenghantaran.
Gambarajah : Gear Kedua
Gear Ketiga
Ø Apabila tuil anjakan gear di letakkan di kedudukan gear ketiga, gear ketiga membuat cantuman dengan gear ketiga di aci lawan.
Ø Ketika klac digandingkan aci klac akan memusingkan gear pemacu di aci lawan dan memusingkan aci lawan.
Ø Kemudian kuasa di pindahkan ke gear ketiga pada aci utama penghantaran.
Gambarajah : Gear Ketiga
Gear Keempat
Ø Apabila tuil anjakan di gerakkan ke kedudukan gera keempat, maka gear aci klac membuat cantuman dengan gear kelajuan tinggi secara langsung dan berputar satu unit dengan aci utama penghantaran dengan nisbah 1:1, Ia akan berputar sebaik sahaja klac digandingkan.
Ø LKelajuan ini sama laju dengan kelajuan keluaran enjin yang di hantarkan ke roda kenderaan.
Gambarajah : Gear Keempat
Gear Balikan
Ø Apabila gear di letakkan dalam balikan, gear utama aci klac menggelangsar membuat cantuman dengan gear pemelahu balikan dan membuat cantuman dengan gear balikam kecil.
Ø Gear balika membuat cantuman di antara gear balikan di aci lawan dan gear rendah atau gear pertama di aci utama penghantaran.
Ø Dengan adanya gear kecil pemelahu tadi putaran enjin akan dibalikkan dalam pusingan lawan kemudian di salur keluar ke aci utama penghantaran dalam arah yang berlawanan.
Ø Kuasa akan di salurka apabila klac digandingkan.
Gambarajah : Gear Balikan
Gear Neutral
Ø Tuil anjakan gear diletakkan dalam alur neutral, yang mana kuasa di salurkan melalui aci klac dan memusingkan aci lawan.
Ø Tidak ada satu pun gear yang membuat jaringan dengan gear di aci penghantaran utama. Kedudukan ini menunjukkan gear neutral.
Gambarajah : Gear Neutral
SERAT-SEGERAK (SYNCHRONIZER)
Ø Kotak gear jenis serat-segerak banyak di sesuaikan dalam kenderaan penumpang kerana ia mudah menukar gear, mengurangkan haus gear dan membenarkan potongan gear heliks dikendalian lebih senyap.
Ø Kotak gear serat-segerak adakah daripada jenis jaringan malar.
Ø Gear pacuan dan pemilihan gear dipindahkan melalui gigi bergigi yang dipanggil klac gigi anjing.
Ø Dengan mengabungkan gear jaringan malar dan anjakan klac gigi anjing, memberikan pasangan anjakan dengan kelajuan yang sama, licin dan anjakan senyap dapat diadakan
Ø Kebanyakan kotak gear menggunakan klac geseran kecil untuk melakukan sentuhan terlebih dahulu dalam aturan menyerat-segerak kelajuannya.
Ø Rajah dibawah menunjukkan kemasukan kon untuk kemasukan terakhirgigi klac gigi anjing.
Kebaikan gear serat-segerak (synchronizer) :
Ø Penukaran gear dapat di lakukan dengan mudah
Ø Dapat mengurangkan kehausan gear.
Ø Potongan gear heliks dapat dikendalikan dengan lebih senyap dan lancar
Gambarajah : Prinsip Serat-Segerak